Wang Hantaran 35K Cikgu 'Pisau Cukur' Ini Jadi Viral Di Laman Sosial Amboi makin melampau permintaan wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. Jatuh ke maruah anda jika dapat duit hantaran murah??
Apakah ini cara seorang guru yang disanjung oleh masyarakat kerana profesionnya berbicara? Secara logiknya seorang guru pastilah akan mengeluarkan kata-kata atau pendapat yang berilmiah serta bernas tetapi ini tidak. Berlaku dalam pendapat disuarakan individu menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia di laman Facebooknya. Dalam status yang mencetuskan kontroversi, Cikgu Nur Wafidah mengeluarkan pendapatnya mengenai wang hantaran yang perlu diberikan kaum lelaki kepada wanita untuk mengahwini mereka.
Menurutnya, wajib seseorang itu meminta hantaran yang tinggi daripada pihak lelaki, paling ‘koman’ pun RM18 ribu! Amboi, memang muflis semua lelaki di Malaysia jika semua wanita ikut kata cikgu ini. Tak pun membujang sampai ke tua. Tak tahulah pula kami kalau ini bukan cikgu ‘betul-betul’ tapi saja letak begitu pada pangkal namanya namun yang pasti, pendapat ini memang tak boleh pakai langsung Akibat status ini juga, penulis yang tengah mencari calon isteri ni tiba-tiba terfikir, masih wujudkah cinta sejati antara perempuan dan lelaki atau yang wujud pada zaman sekarang cuma cinta perempuan kepada duit lelaki ?
Apa sahaja isunya, kepada lelaki yang ingin berkahwin di luar sana tu pandai-pandailah memilih pasangan. Jangan sampai tersangkut pada perempuan pisau cukur!
Wanita Kuat Bersetubuh Akan Kelihatan Lebih Cantik Dan Menarik
Dikatakan hubungan seksual mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Aktiviti keintiman yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.
Begitu juga dari sudut emosi. Wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif.
Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.
Wajah berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan intim yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh yang menarik
Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin.
Sebenarnya, ketika anda melakukan hubungan intim, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.
Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.
Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan intim dilakukan.
Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam. Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seksual setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya.
Rahsia Kemaluan Lelaki!! Lihat Bentuk Z***R dan Kaitan Dengan Diri Anda..Bentuk Ke - 3 Sangat Mengejutkan!!
Apakah anda sedia untuk mengetahui apa yang kemaluan anda yang menunjukkan berkenaan diri anda?
Walau apa pun yang orang lelaki mendakwa atau bercakap besar, namun kemaluan dialah yang akan menyatakan segalanya!
Pada mulanya, mari kita bersetuju bahawa bercakap benar pada masa ini iaitu ianya berkadaan terangsang. Tidak tegak. Tidak tegang. Anda perlu berada di keadaan semulajadi iaitu lemah dan lembik!
Sekarang itulah tetap, kita boleh memulakan...
KEMALUAN ANDA PANJANG ATAU PENDEK?
Anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas! Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3" bererti pendek, kalau lebih daripada 3" bererti panjang.
Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3" ke 4" dan lingkungan rata adalah 2.5" ke 4".
Menurut kajian di 1989 panjang rata adalah 3.5" dan lingkungan rata adalah 3.37". Tapi menurut Kinsey dalam kajian lebih dahulu panjang rata adalah 4.0" dan lingkungan rata adalah 3.7".
Atau orang lelaki sudah menyusut atau statistik moden menjadi lebih realistik!
KALAU PANJANG
bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk! Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru!
KALAU PENDEK
bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali lagi anda memulakannya, anda boleh berupaya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar dan kepada budi. Anda suka mengikut adat.
TEBAL ATAU KURUS?
TEBAL
Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan sungguh mempunyai keazaman dan kekuatan untuk mengkagumkan.
Jika lagi tebal di dasar kemaluan bererti anda utamakan kebebasan.
KURUS
Anda seorang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu sesuatu yang penting bagi anda. LICIN ATAU BERSIMPUL?
LICIN
Anda seorang kekasih yang intuitif! Anda juga sering mengikut perasaan namum pamdai menyesuaikan dengan perubahan dengan senang. Anda pandai menilai keindahan.
BERSIMPUL
Anda suka suka membuat sesuatudengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan logik akal.
Satu atau dua bengkul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan. HUJUNGNYA RUNCING, TUMPUL ATAU LEBAR?
HUJUNG RUNCING Walau bagaimana pun anda idealistik dan artistik di perhubungan, agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan lepaskan kebebasan anda.
Jika anda panjang dan kurus juga, anda seorang kekasih yang mementingkan diri sendiri!
TUMPUL ATAU SEGI EMPAT
Anda kekasih praktik yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukannya perkataan.
LEBAR ATAU BERBENTUK BAWANG
Kehendak seksual anda begitu kuat! Cergas, luar biasa dan bersifat menawan.
BENGKOK ATAU MELENGKUNG?
MELENGKUNG KE KANAN
Bererti dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda seorang yang suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.
KEMALUAN MELENGKUNG KE KIRI
Dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.
KEMALUAN BENGKOK TEPAT
Anda tajam akal tetapi anda seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu.
Kalau anda mempunyai kemaluan panjang yang melengkung bengkok, bererti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta.
Kalau anda mempunyai kemaluan pendek yang melengkung bengkok, bererti anda kerapkali cemas dengan kemampuan seks anda.
Kalau kemaluan anda bengkok di pangkalnya, anda selalu bahawa anda orang luar. Anda berasa bahawa semua orang lain mempunyai hidup senang walau bagaimanapun berusaha untuk berjaya.
BULU JARANG ATAU LEBAT?
JARANG
Kesukaan seksual anda halus sekali tetapi kehendak seksual anda naik turun. Oleh sebab anda segan, anda perlu banyak keyakinan.
LEBAT
Anda begitu bertenaga di bilik tidur. Perlakuan seks anda agak kasar.Rahsia Kemaluan Lelaki
Apakah anda sedia untuk mengetahui apa yang kemaluan anda yang menunjukkan berkenaan diri anda?
Sakit Buah Pinggang Adalah Pembunuh Dalam Senyap Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.
Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya. Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat. Di bawah ni senaraikan 10 perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat. TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh. DIET TINGGI GARAM (SODIUM) Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI. SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING) Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang. PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang. MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus. TIDAK CUKUP TIDUR Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan. Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda
SUKA MINUMAN BERKAFEIN Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER) Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk. PENGAMBILAN ALKOHOL Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati. Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!
Bahan Semulajadi Menjadi Petua Lebih 50 Tahun Halau Nyamuk Bahan dapur boleh menjadi sumber alternatif yang mungkin boleh diamalkan untuk menghalau nyamuk ketika negara kini berdepan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan Zika.
Berdasarkan carian dalam Internet, terdapat pelbagai bahan semulajadi digunakan untuk menghalau nyamuk terutamanya di kawasan kediaman, termasuk petua lama menggunakan serai wangi, menanam pokok jeremin (halau nyamuk) mahupun petua mudah dengan mencucuk bunga cengkih pada limau nipis. Berkongsi tips menghalau nyamuk, Noraini Jamsit, 53, berkata sudah lebih 50 tahun keluarganya mengamalkan petua menggunakan limau nipis dan bunga cengkih untuk menghalau nyamuk. Katanya amalan turun temurun itu jelas berkesan kerana kediamannya bebas daripada nyamuk dan lalat sejak ia diamalkan. Beliau yang tinggal di Palong 13, Negeri Sembilan, berkata dia tidak perlu menggunakan kelambu atau sebarang semburan bahan kimia untuk mengelak daripada gigitan nyamuk. “Selain bahan-bahannya senang diperoleh, cara ini juga menjimatkan perbelanjaan dan aromanya cukup menenangkan,” katanya kepada Bernama. Bagi Rukiah Rahmat, 80, beliau menggunakan cara yang berbeza untuk menghalau nyamuk iaitu membakar sabut kelapa pada waktu senja. “Pukul 6.00 petang saya sudah mula kumpul sabut kelapa dan bakar di bawah rumah. Asap daripada bara sabut kelapa yang dibakar boleh menghalau nyamuk,” katanya yang pernah mengamalkan cara itu ketika tinggal di Kampung Tambak Bugis, Melaka. Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Roslaini Abd Majid berkata tiada bukti saintifik yang membuktikan keberkesanan petua-petua lama itu untuk menghalau nyamuk setakat ini. “Cuma saya rasa aroma yang kuat daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti serai wangi, pokok jeremin dan bunga cengkih mungkin menjadi faktor penghalang kepada gigitan nyamuk,” katanya ketika dihubungi Bernama. Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia merekodkan kes pertama apabila seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus Zika, dan disyaki mendapat gejala itu semasa berkunjung ke Singapura. Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Chong Chee Kheong berkata pesakit yang dijangkiti Zika akan dirawat menggunakan kaedah seakan sama untuk merawat denggi memandangkan virus itu disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. “Setakat ini tiada ubat khusus untuk Zika namun kita akan merawat simptom yang dihadapi, sebagai contoh jika pesakit itu demam, kita akan beri ubat untuk simptom demam dan memastikan mereka cukup air dan rehat,” katanya. Beliau berkata masyarakat perlu fokus kepada usaha menghapuskan Aedes bagi membendung penularan virus Zika termasuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di samping menggunakan bahan penyembur. Selain itu, elak berada di luar rumah pada awal pagi atau senja, memasang jaring penghalang nyamuk pada tingkap rumah dan memakai baju serta seluar panjang berwarna cerah. – BERNAMA
Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar dan Tak Dengar Cakap Menyelongkar kisah kesalahan ibubapa terhadap anak-anak. Adakah ibubapa dipersalahkan terhadap anak-anak yang menjadi kurang ajar ataupun tak dengar cakap?
“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!” Adakah kata-kata ini antara kesilapan yang diperkatakan oleh ibu bapa di Malaysia hari ini yang menyebabkan mereka besar kepala. Skop pengamatan : "Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap. Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia". "Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak. Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu. Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni." "Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun". Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung. "Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?" Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu. "Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?" Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi. "Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin." "Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!" "Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!" Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi. "Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita" Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Ringkasan, apa nasihat dia pada ibu bapa supaya anak-anak yang dengar cakap atau menurut kata. 1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin. 2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja. Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu. Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit. 3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf. Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok." Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap. 4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.