Amboi makin melampau permintaan wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. Jatuh ke maruah anda jika dapat duit hantaran murah??

Berlaku dalam pendapat disuarakan individu menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia di laman Facebooknya.
Dalam status yang mencetuskan kontroversi, Cikgu Nur Wafidah mengeluarkan pendapatnya mengenai wang hantaran yang perlu diberikan kaum lelaki kepada wanita untuk mengahwini mereka.

Amboi, memang muflis semua lelaki di Malaysia jika semua wanita ikut kata cikgu ini. Tak pun membujang sampai ke tua.
Tak tahulah pula kami kalau ini bukan cikgu ‘betul-betul’ tapi saja letak begitu pada pangkal namanya namun yang pasti, pendapat ini memang tak boleh pakai langsung
Akibat status ini juga, penulis yang tengah mencari calon isteri ni tiba-tiba terfikir, masih wujudkah cinta sejati antara perempuan dan lelaki atau yang wujud pada zaman sekarang cuma cinta perempuan kepada duit lelaki ?
