ALOR SETAR: �Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.
�Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,� keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.

�Perkara ini sudah terbukti benar. Bukan saja saya melihat sendiri kecurangan mereka berdua, malah isteri saya juga turut membuat pengakuan,� katanya.
Azmir berkata, dia tidak menyangka isterinya yang dinamakannya sebagai Zura, 25, dan bersikap lemah-lembut itu curang, malah melakukan perbuatan keji bersama ayahnya sendiri yang berusia 50-an. � Metro