![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV5s1yx52nIHmiOP9Fz2fLjaZwK9xTipQqSTYTEXXbYgaMCC7xycIhFPC_Y1nAlA0ZIwQUHvNJe8t-z7JDksEVB70gYEGSVdMetkbgKWiHy0D2IrriGtb4-cS0_rLubrBVoEBnE1CCldso/s1600/coli.jpg)
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, sebaik menerima maklumat, anggota dari cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian bagi menahan suspek.
Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerahkan suspek yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita ketika itu.
�Pengadu memberitahu suspek mencuri lima pakaian dalam wanita dari rumahnya. Polis turut menjalankan pemeriksaan lanjut dan suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
�Suspek dibawa ke IPD Tanjung Malim untuk siasatan lanjut,� katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui barang kes iaitu pakaian dalam wanita.
�Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c)Akta Imigresen,� katanya.